Wednesday, April 27, 2011

sekitar study week (=.=')

Study week adalah mase untuk study or bahasa melayu nye ULANGKAJI.

But for me, menjelang je study week..dah awal2x angkat kaki balik kampung halaman tercinta.

Kononnya nak spend masa study kat umah.. berikut adalah aktiviti ketika sesi STUDY dirumah berlangsung....




berlatih main gitar kapok nie...
just baru pandai main lagu Happy Birthday je.. hehe
ok la newbie lagi..



gitar + beloved 'kabang' :p



bila da tinggal sorang2, the best thing to do is cooking and eating..
maka terhasillah 'Spagetti with sambal ayam masak sesedap hati'
credit to K.Reen coz turun kan ilmu masak spagetti ala tekak melayu ni..
siyes, sangat sedap..(SEDAP KE??) hahaha



Durian dari Pak Cik Polis ;P
nyummm.. nyummm........



kek gula hangus..hehe

Kebetulan balik hari tu, rumah K.liza buat kenduri tahlil. So, buatkan K.liza kek..ni ade disertakan resepi kek nie..

Kek gula hangus.


2 cawan gula
2 cawan air


*masak kan gula dahulu,setelah gula cair dan bertukar warna masukkan air

4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu aising vanilla
2 sudu soda bikarbonat


*bahan2 untuk adunan kek

Cara-cara :

Masakkan gula dan sejukkan. Pukul telur hingga kembang masukkan kan tepung dan susu secara berselangseli dan pukul hingga sebati sehingga semua tepung dan susu habis. Setelah adunan sebati, masukkan soda bikarbonat dan aising vanilla.Setelah adunan sebati masukkan gula hangus yang telah disejukkan dan kacau hingga adunan sebati. Sedia untuk dibakar selama 45 minit. Suhu 180 degree celcius.


* dah ready untuk bake ...ni resipi mulut ke mulut tau..blaja dari kawan baik mak.
Credit to Auntie Sue.. :P

Sekian sahaja dari lovage kali nie.. Entry ni di tulis in hurry.. so, agak kalut skit.. hope enjoy reading :D

No comments:

Post a Comment