Wednesday, April 27, 2011

sekitar study week (=.=')

Study week adalah mase untuk study or bahasa melayu nye ULANGKAJI.

But for me, menjelang je study week..dah awal2x angkat kaki balik kampung halaman tercinta.

Kononnya nak spend masa study kat umah.. berikut adalah aktiviti ketika sesi STUDY dirumah berlangsung....




berlatih main gitar kapok nie...
just baru pandai main lagu Happy Birthday je.. hehe
ok la newbie lagi..



gitar + beloved 'kabang' :p



bila da tinggal sorang2, the best thing to do is cooking and eating..
maka terhasillah 'Spagetti with sambal ayam masak sesedap hati'
credit to K.Reen coz turun kan ilmu masak spagetti ala tekak melayu ni..
siyes, sangat sedap..(SEDAP KE??) hahaha



Durian dari Pak Cik Polis ;P
nyummm.. nyummm........



kek gula hangus..hehe

Kebetulan balik hari tu, rumah K.liza buat kenduri tahlil. So, buatkan K.liza kek..ni ade disertakan resepi kek nie..

Kek gula hangus.


2 cawan gula
2 cawan air


*masak kan gula dahulu,setelah gula cair dan bertukar warna masukkan air

4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu aising vanilla
2 sudu soda bikarbonat


*bahan2 untuk adunan kek

Cara-cara :

Masakkan gula dan sejukkan. Pukul telur hingga kembang masukkan kan tepung dan susu secara berselangseli dan pukul hingga sebati sehingga semua tepung dan susu habis. Setelah adunan sebati, masukkan soda bikarbonat dan aising vanilla.Setelah adunan sebati masukkan gula hangus yang telah disejukkan dan kacau hingga adunan sebati. Sedia untuk dibakar selama 45 minit. Suhu 180 degree celcius.


* dah ready untuk bake ...ni resipi mulut ke mulut tau..blaja dari kawan baik mak.
Credit to Auntie Sue.. :P

Sekian sahaja dari lovage kali nie.. Entry ni di tulis in hurry.. so, agak kalut skit.. hope enjoy reading :D

Sunday, April 24, 2011

sekitar Book Fair...

-Semua kepunyaan saya-


-Berjaya borong semua tanpa FAIL-



-Riang ria shopping buku-



-Buzy pilih-


Bertolak jam 8.30 pagi..

Berjaya menaiki bas jam 9.30 pagi...

dan berjaya menaiki train pkul 10.30pagi.. (gaya cam jauh gia,bas n train yang slow)

pulang semula jam 5.30 ptg.

Friday, April 22, 2011

(>_')

off to Book Fair..

Arghhhh.. (jerit sambil lompat2)

Seronoknya!!!!!!!!!!!

Syida Syuhada..

Jom, siap g sana ..

:p

Tuesday, April 19, 2011

TI-RED .

TI- RED..

Words yang yan izyan akan sebut setiap kali panjat tangga blok.

TI-RED bermaksud tired or penat dalam bahasa melayu nye..

Siyes! terase penat menelaah chemistry..

plus borink..

tdo r kot kejap..

:P

hahahaha!..

tadi...

amin : kakak, tolong adik buat agama nie..
xreti nak bace jawi nie..

lovage : ish, budak nie.. suka btol kacau org.. banyak ke soalan nak kena buat..meh, sini akak tengok...

Sambil tolong bacakan teks jawi, Amin sibuk tulis jawapan.. sampai lah kat satu ayat nie..

lovage : 'Oleh itu,' dapat x nie.. ke laju sangat..?

amin : jap la.. baru sampai perkataan percaya..

lovage : ok2x..

amin : lepas 'Oleh itu' ape?

lovage : lepas 'Oleh itu' koma ( ,) sambung dengan kita sebagai muslim..

amin : ape kak ? koma ?

lovage : aah, koma lah..

amin : die koma kenapa kak ? strok ke ? (sambil buat muka cekodok basi )

lovage : ha ? ( terblurr jap )

amin : ye lah, tadi akak cakap die koma.. 'Oleh itu ' koma..kot la, tertelan biji durian ke kan..

Terasa lain macam dengan ayat tu.. koma = tidak sedar kan diri. But koma yang aku maksudkan adalah (,)..

lovage : ceh!!! adik!!!!!!!!!!!! ( kurang asam punya adik )

amin : hahahaha.. kkk terkena..

Then , pembelajaran agama amin bersama kakak kesayangan nya bersambung sehinnag lah.. kesemua soalan agamanya siap..

tiba-tiba...

amin : kakak nak tengok tulisan adik x?

lovage : cantik sangat ke ? tulisan kakak lagi cantik lah.. (muka kerek )meh, akak tengok.

Satu-persatu buku latihan agama tu diselak..

lovage :ni asal ade page tulis PANTUN besar-besar..?

amin : hari tu, Ustadz suruh buat pantun.. senang gila buat pantun..

2,3 Kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
kalau kucit tu nak berlari ,
jangan dihalang nanti kena gigit.


lovage : hahahaha..Sengal adik!.. (sambil amik bantal, pukul2x adik )

amin : ade lagi satu...

hmmm... lupa r lak.. t la adik sambung..

lovage : dah2x g trun.. akak nak study..

:D

Monday, April 18, 2011

terima kasih!

thanks a lot to awak..

saya memang buat akaun fb untuk org remove saya dari list dorg..! (nada bengang)

saya tau lah awak dah ade si dia yang TERCINTA.ape mslhnye.. takut siDIA cari saya..

come on la... kita HISTORY la awk.. kisah zaman kanak2 Ribena kita bersama dah boleh di MUZIUM kan PUN.... huh!

xPERlu lah nak delete saya!!!!!!!!!!! (siyes bengang tahap gIGA )

OK, fINE AWAK DELETE SAYA.. !

Ade saya KISAH.. ( mmg saya kisah.. sob sob )

** tu la sape suruh tangan gatal ,stil type name awak kat fb.. n then stalker awak..
pastu, bengang sendiri... ( nangis, sambil hentak2x pale kat dinding)..



gRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRrrrrrrrr

:(( 'dah r, saya mmg xnak KAWAN dengan AWAK lagi'

Friday, April 15, 2011

Bebas!

Yes!.. finally bebas dari jajahan takluk Miss Demo lab Chemy yang annoying..

tepat jam 10.30 pagi tadi..tamat lah segala penderitaan kami berlapan dari segala kesusahan serta kepayahan yang kami lalui sepanjang diselia oleh Miss Demo yang sangat strict ,sangat annoying, sangat suka marah.. huh..

hooooooooooooorrrrrrrrrrrrraaaaaaaaayyyyyyyyyy!!!!!!!!!

kami sangat gembira x terkata.. (sambil lompat2x keliling blok ) haha

esok last class for SEM IV, SECOND YEAR MATERIAL SCIENCE.
Next week da start study week..

But...

Before tu, cabut balik umah tercinta dulu, jumpa sanak saudara ..
mohon restu ,moga segala nya berjaya..

FIGHTING!

Monday, April 11, 2011

~Reezza ~

Time : 8.00 – 10.00 a.m

Venue : DKA

Event : Presentation Organic Chemistry

Jam dah menunjukkan 6.30 pagi..Seperti biasa handphone di bawah bantal, aku amik dah stop kan snozee alarm yang berbunyi. ‘Emm.. jap lagi lah bangun’ otak memberi arahan agar aku lena buat beberapa minit lagi. 6.50 pagi, kutersedar dari lena ku yang tidak berapa panjang. ‘ alamak, da lewat! Subuh x solat lagi’ .Lantas otak memberi arahan kepada badan ku untuk bangun juga, towel dan toileteries ku capai...

Bas kosong pagi ni, supposingly ramai yang dah abis kuliah. Final just lagi 2 minggu. So, for this morning i’ll present on behalf my group in organic chemistry lecture.Sepanjang perjalanan menuju ke lecture room. Satu fact about carbohydrates pun x lekat kat pale.

Dalam kelas...

Ok, good then.. group last skali kena present..

satu persatu adik-adik junior present part masing2x.. Semua nya keluar masuk telinga, x lekat satu pun fact yang sepatutnya kena tahu dan paham.ok, xpe.. later lah, baru absorb then paham kan. Just nak settle kan presentation hari ni je.

Second last group present...

Dalam group nie, ade the only one foreigner in this lecture. Everyone, sangat excited nak tunggu presentation dia. Dia yang di maksudkan adalah Hamied Reezza (bukan ejaan name sebenar beliau).

Sampai je part die, semua budak group die bangun, n dengan bangga nye give a BIG applause to him. Itu belum kira bila Pa’an sebut name die kuat2x.. Apalagi, seisi DKA tu meriah dengan bunyi bebudak junior pempuan yang semangat nak dengar Reezza present. Haha.. malang nya satu slide je die present..ceh! buat penat cheer je..haha

Ala, sebenarnya xde la handsome mane Si Reezza ni kalau nak di bandingkan dengan orang lain. Tapi ye lah kan.. mentaliti masyarakat kat sesuatu tempat tu.Bila mana seseorang tu lain skit dari orang lain (mean lain dari masyarakat kat situ). Hidung mancung, mata bulat, tinggi lampai dah gaya ala-ala pelakon hindustan gitu..Memang ramai yang admire kat dia..Kalau orang melayu yang muka macam tu lain lah cerita kan..

Yelah, kalau kita fikir kan balik, if kita g oversea alone (eg: Korea). And then, kita sorang je yang kulit sawo matang, x tinggi mana,mata bulat,ade kelopak mata, pakai shawl comel2x, hidung x berapa nak mancung but just nice dengan image and attitude kita yang sopan kan... Semua orang yang kat sane pun akan jadi admire kita kan..So,situation nye same je..coz kita the only one yang lain dari yang lain kat situ..

** Just nak share bukan nak bangga lah kan.. : Reezza pernah pinjam note chemy.. hehe

:p

Saturday, April 9, 2011

Birthday Cik Yan



Happy birthday cik yan.

Moga panjang umur dan murah rezeki.

Semalam...



Berjaya membuat surprise ke atas diri yan.

Dengan bawak yan g mines yang berpakaian seragam kolej. Wakaka

Sushi + big apple + curry puff ‘durian & yogurt’ + abc + sweet potato + takoyaki

Credit to all organizer;

-k.syikin,syud,auni,naimi n me-

malu!

Gila malu! Itu je yang terungkap . Serius malu!

Masih x dapat lupa hari tu. Sejam before Career Talk abes..

Kejadian dalam toilet...

‘mane tisu erk’ jarang tisu toilet kat faculty ini di refill, but ari tu, tisu baru je di refill

So...

Time tu... tangan slow2 tarik tisu dari box tisu..

Tiba-tiba...dengan tak semena-mena, box tu jatuh dari atas singki.. bergolek-golek sampai kat depan toilet..

Semua orang yang ade kat dalam toilet tu pandang..

Ape lagi, slow-slow jalan amik box tisu tu..

Grrrrrr....malu....(apasal la clumsy sangat hari ni?)huhu

Serius. Rase nak lari laju2 masuk bilik seminar balik..ok. itu malu kuasa satu.

Ok, after tu keluar toilet and heading tu bilik seminar kat groundfloor.

Kerling jam kat tangan kiri..

‘alamak! Da lambat’


Langkah makin laju turun tangga.dengan high heels merah.. jalan hati-hati plus langkah da makin besar.

Tiba-tiba...

Hilang keseimbangan badan..

‘oppss! Asal x stabil ni..’ high heels tadi da hampir nak tercabut dari kaki..

‘huh..’
nasib baik sempat selamat kan diri dari tersungkur kat depan pintu bilik seminar ni.kalau x naye je..

Sekali pusing kiri...

ternampak abang kat meja urusetia tu da gelak-gelak..

Muka da memang merah gila. Rase macam kena bakar je..

Rase nak jerit kuat2x..

GRrrrrrrrrrrrrrrr....malunye.. kena gelak ngan abang tu..

Terus je buat muka bodo, masuk bilik seminar tu..malu kuasa dua..

A few minutes before majlis abis.. pusing belakang. N then terpandang muka abang tu
kat pintu bilik seminar..

Abang tu gelak kali kedua..

Grrrrrrrrrrrrr.. malu kuasa tiga bila teringat pasal kejadian tadi..

[‘_’]! Malu!